Wednesday 27 December 2017

7 TIPS DAN CARA BERSIHKAN RUMAH

Time cuti lah nak mengemas rumah.... hari bekerja memang tak sempat... pagi-pagi dah keluar rumah lewat petang baru balik... balik rumah dengan anak.. dengan nak masak.... semua nak dibuat...jadi cuti hujung minggu ni jom kita cuba 7 tips dan cara bersihkan rumah yang betul dan berkesan ni...

Maybe ada tips yang belum uols tahu. Semoga bermanfaat!

1. SUPAYA HABUK TIDAK MELEKAT PADA PERABOT

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan airP dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH SEKILAT-KILATNYA

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

3. MEWANGIKAN RUMAH

Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabrik.

Bau wangi akan tahan lebih lama.

4. MENYEGARKAN BILIK AIR

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.

5. WANGIKAN PETI AIS

Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.

LIHAT JUGA: (Tips) 4 Idea Berjimat Jika Melancong ke Cameron Highlands
Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

6. HILANGKAN KOTORAN SINKI ‘STAINLESS STEEL

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.

Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.

7. HILANGKAN BAU BILIK ATAU RUMAH YANG BARU DI CAT

Ambil bawang besar dan potong kepada dua bahagian.

Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman.

Bau cat akan hilang dengan segera.

Share jika bermanfaat 😍😍😍

cc : kakyus

Tuesday 28 November 2017

GEAR TAK MASUK

Caranya mudah je

1. Masuk Gear 2
2. Start Enjin
3. Main2kan

Pastu off kemudian On macam biasa

Tuesday 31 October 2017

Semakan Senarai Hitam Ke Luar Negara


Seramai 820,000 org Rakyat Malaysia yang telah di Senarai Hitam untuk ke luar negara hari ini. (Termasuk yg nak pi Haji atau Umrah) Untuk mengetahui status anda, boleh layari...
http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx atau klik pada link tersebut untuk semakan lebih lanjut.

πŸ‘†Cek cepat...... kirim kat kawan2 di group lain

Monday 23 October 2017

NILAI WANG MEROSOT SETIAP TAHUN?


Pada tahun 1989, kita dapat beli 1 unit rumah corner intermediate dengan harga RM90,000.

Hari ini tahun 2017, dengan RM90,000 kita tak dapat beli satu unit apartment pun. Tak lepas..

=====

Tahun 1989, dengan RM90,000 anda dapat beli 3 kilogram emas.

Tahun 2017, 3 kilogram yang sama kini bernilai RM555,000. Masih relevan untuk beli rumah corner tadi.

Ini adalah contoh paling mudah untuk anda faham tentang NILAI. Kalau nak simpan untuk jangka masa panjang, simpan dalam bentuk aset. Aset paling mudah dicair tunai adalah EMAS.

#NilaiWangPastiMerosot #hafizulhakim #SimpanEmas #PelaburanMasaHadapan #FirKongsi #FirPublicGold

10 Gram Emas

#TipsPelaburanEmas

1. Sekarang, harga 10 gram emas Public Gold sekitar RM1,883. Tahun 2009 harga 10 gram emas cuma RM1,000 sahaja. Kenaikan sebanyak 88% dalam tempoh 7 tahun.

2. Nak tak nak harga 10 gram goldbar ini pasti akan mencecah harga RM2,500 sekiranya harga emas mencecah RM250/gram.

3. Just a matter of time, mungkin tahun depan atau 3-4 tahun lagi tapi pasti nilainya akan meningkat tinggi.

4. Soalnya adakah kita dah dapat jawapan persoalan remeh yang masih bermain dalam fikiran? Ke awak nekas nak bertindak cari ilmu emas. Boleh tanya pape soalan berkaitan emas dengan saya. Insya Allah saya bantu anda untuk faham.

#hafizulhakim #FirKongsi #FirPublicGold

Saturday 21 October 2017

Tabung Emas Untuk Anak Tersayang

Saya kongsikan secara ringkas kaedah menabung duit untuk masa depan anak2 .. πŸ‘ΆπŸ» bersama Emas Public Gold ❤️ .
.
.
Simpan 1 Gram 1 bulan .
.
Simpan sehingga umur 17 Tahun
17 Tahun x 12 Bulan = 204 Bulan
.
204 bulan = 204 Gram
.
Kalau 17 Tahun dari sekarang 1 gram = RM 500.00 (Anggaran paling rendah)
.
Maka,
204 Gram x RM 500.00 = RM102,000.00
.
In Shaa Allah.
.
Pada umur 17 tahun Anak kita akan ada sejumlah 204 gram emas & jika ditukarkan pada ringgit waktu itu dianggarkan sebanyak
RM 102,000.00 .
.
untuk sambung belajar tak perlu da pinjam PTPTN & sebagainya & macam2 lagi boleh buat dengan duit sebanyak itu.
.
.
Bantu & Fikirkan masa depan anak bermula hari ini. Renungkan... & bertindaklah.
.
Segala Pertanyaan & Maklumat lanjut sila hubungi saya.
.
016-2625275
Muhamad Nur Firdaus
Dealer Public Gold
PG00079272

#FirKongsi #FirPublicGold #EmaaPublicGold #BabyEmas #GambarHiasan πŸ™ˆ

Wednesday 11 October 2017

PELEPASAN CUKAI 2017


Dah masuk bulan Oktober ni…eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2017 ni.. Boleh mula berbelanja pada pelepasan2 cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit2nya. Bukan tahun depan masa isi efiling baru terhegeh-hegeh nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak cukai.

Kalau rujuk laman web LHDN nampaknya senarai pelepasan cukai 2017 ni masih belum ada. Saya pon tak pasti kenapa bahagian IT mereka juga terhegeh-hegeh nak kemaskini info terkini hasil dari pembentangan Bajet 2017 yang sudah dibentangkan pada Oktober 2016 lepas.

Di sini saya senaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017.

1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3. Kesihatan
• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Pendapatan bercukai pada tahun 2017 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.

Sekian.