Thursday 23 October 2014

Balik Putrajaya Sempena Hari Keluarga

Dalam post kali ini aku nak cerita tentang peristiwa semasa aku nak balik putrajaya sempena hari keluarga chek mah 2014.

Aku tunggu bas dekat bas stop depan risda Marang. Bas yg aku ambil ni dia bertolak sepatutnya dari Kuala Terengganu pukul 10.30mlm. Jadi sampai di Marang ni pukul 11.10mlm. 40 minit juga tu kn? Padahal dlm 20km je. Tp mngkn ada masalah sdkt kot tu yg dia lmbt. Aku sempat berbual dengan seorg mak cik yg mpunyai anak yg comel. Dia berkata "mmg sokmo kalo bas pukul 10 stgh dr KT sapa sini kul 11".  So, sapa yg tngu bas di hdpn risda Mrg. Angrn 30minit la bas akn smpai dr Kuala Terengganu ea.

Pukul 2 lebih tgh malam tu bas berhenti dekat kedai makan cherating. Kedai mkn ni mmg laku la sbb smua bas berhenti dkt sni. Dari apa yg aku perhatikan sebagai balasan  drebar bas dapat makan percuma. Nampak x permainan disitu? Haha. Tp xpela, kita sebagai penumpang xde rugi papepn. Lgpn kdai mkn ni selesa la juga.

Dengan perut yg lapar aku order mee celup. Perhh.. mmg sdp mkn mee celup tgh malam..mables fabuloso. Haha.. mmg licin aku mkn.. sekali bila check dalam wallet ada RM3.00 je.. haha. Tersentap dibuatnya.. kalu la blh ingn ku undurkan masa. Haha..tp selamat la aku ada duit simpanan dalam beg laptop aku yg berada dalam bas. Masalah terbaru pula camne aku nak pergi ambil duit aku dalam bas tu. Kalu aku main pergi, aku takut tauke tu ingt aku nak lari menjerit ke,sound aku ke .. xke malu tuu ..haha. jd aku beranikan diri pergi ke kaunter seleps line clear aku kata kat akk tu yang aku ttngl wallet dkt bas sambil membuat muka org kaya & mnunjuk2 samsung mega utk buat dia xwas2 dgn aku.  Bila dia kata okey, teruslah aku pergi ambil duit n & bayar.

Lepas perut kyg apa lg smbng tido la. Aku nak turun di terminal Putrajaya. Sekali sedar berada di terminal kajang daaa.. haha.. itu sedar pn sbb slps dikejutkan oleh pak cik drebar. Huhu. Itulah kelemahan aku. Kalau da tido dlm bas mmg akn tlajak sokmo!

Thursday 16 October 2014

Cucu Pertama Chek Mah Selangkah Ke Alam Perkahwinan

11 Oktober 2014 (Sabtu) - Pija Memecahkan Chek Mah Book's Of Record dengan menjadi cucu pertama chek mah yang melangsungkan Majlis Pertunangan bersama insan pilihan hatinya Amirul Ariff.. ( Perh.. Rasa macam ayat surat khabar sinar harian da. hehe)

Inilah rupa wajah bakal sepupu ipar aku ni.. ^_^


Majlis berlangsung dengan penuh meriah.. bermula selepas zohor sehingga malam xtahu habis pukul berapa sebab petang tu aku da balik ke Terengganu da. Tapi mmg sgt meriah keluarga amir dr Johor Bahru datang diserikan lg dengan kehadiran saudara - mara belah kami dan para jemputan. Makanan pun byk mcm2 ada.



Pija Anak Sulung Mak Tih & Pak Tih

Akhir kata, Tahniah kepada Pija & Amir. Kami Ahli Keluarga Chek Mah sentiasa mendoakan agar hubungan pertunangan pija & amir akan sampai ke jinjang pelamin dan semoga semua yang dirancang berjalan dengan baik. Dalam perancangan mereka merancang akan bertunang selama setahun, selepas itu, In shaa Allah akan berkahwin. ^_^ .

Xsabarnya nak makan nasi minyak majlis perkahwinan pija ^_^.. hehe

Wednesday 15 October 2014

Hari Ini Aku Bermula Menulis Blog ^_^

Tujuan aku menulis blog ni adalah untuk diri aku sendiri.  Aku nak susun cerita perjalanan kehidupan aku jadi nanti aku da tua boleh la aku imbas kembali setiap sejarah suka dan duka bila aku baca kembali artikel  yang aku tulis dalam blog ni dan untuk anak cucu,cicit, cirit.. eh.. terlebih sudah ..haha .. nanti boleh la dorg baca kisah atuk atau keluarga dorg ni. Sungguh jauh pemikiran aku ni kn.?  Haha

Perjalanan Kehidupan. (GAMBAR HIASAN ;P )



Disamping itu, manalah tahu dari kisah yang aku kongsikan nanti dapat memberi inspirasi atau kebaikan pada pembaca yang menyinggah atau tersinggah dalam blog aku ni kan. Ke guane ? (loghat teganu)

Macamana agaknya gaya rupa korg baca aku punya blog ni ? haha


Aku ni baru dalam dunia blog ni. Jadi, pohon kerjasama kepada yang mahir atau otai dalam dunia ini memberi tunjuk ajar kepada saya ^_^.


Gambar bertarikh 10/8/2012 : Semasa aku belajar di UniKL MSI. Ada program kursus perkhawinan ni kalau xsilap aku. Anjuran Kelab Pusat Islam (KPI) UniKL MSI. Akulah diantara urusetia kursus ni.



Apapun, Selamat Membaca dan Berkenalan Semua ^_^  .  Saya Muhamad Nur Firdaus a.k.a MR. M.N.F.