Wednesday 27 December 2017

7 TIPS DAN CARA BERSIHKAN RUMAH

Time cuti lah nak mengemas rumah.... hari bekerja memang tak sempat... pagi-pagi dah keluar rumah lewat petang baru balik... balik rumah dengan anak.. dengan nak masak.... semua nak dibuat...jadi cuti hujung minggu ni jom kita cuba 7 tips dan cara bersihkan rumah yang betul dan berkesan ni...

Maybe ada tips yang belum uols tahu. Semoga bermanfaat!

1. SUPAYA HABUK TIDAK MELEKAT PADA PERABOT

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan airP dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH SEKILAT-KILATNYA

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

3. MEWANGIKAN RUMAH

Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabrik.

Bau wangi akan tahan lebih lama.

4. MENYEGARKAN BILIK AIR

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.

5. WANGIKAN PETI AIS

Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.

LIHAT JUGA: (Tips) 4 Idea Berjimat Jika Melancong ke Cameron Highlands
Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

6. HILANGKAN KOTORAN SINKI ‘STAINLESS STEEL

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.

Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.

7. HILANGKAN BAU BILIK ATAU RUMAH YANG BARU DI CAT

Ambil bawang besar dan potong kepada dua bahagian.

Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman.

Bau cat akan hilang dengan segera.

Share jika bermanfaat 😍😍😍

cc : kakyus