Saturday 30 September 2017

PAU SAMBAL



Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut

Bahan adunan doh Pau:

400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu

Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.

Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.

Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)

Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga kering.
tutup api.

CC : Resipi Mudah & Sedap

Wednesday 27 September 2017

CARA HILANGKAN SEDU TANPA MINUM AIR

Cara hilangkan sedu tanpa minum air.

" Tarik nafas... tahan selama 10 saat kemudian hembuskan perlahan-lahan"

Ingat petua tu. Bila jadi sedu lakukan.. In Allah berhasil. Bila berhasil tu rasa macam magic pun ada ๐Ÿ˜† .

"Alaa.. minum air 3 kali je senang.. " cara tu pun boleh juga.. Tapi kalau tengah puasa, tak kan nak buka puasa disebabkan sedu ? ๐Ÿ˜‚ Berdosa tu. Jadi, tips hilangkan sedu tanpa minum air ni perlulah digunakan.

Punca sedu? ๐Ÿค”

Secara ringkas :
๐Ÿ‘‰๐ŸปMenelan terlalu banyak udara
Makan secara lahap
๐Ÿ‘‰๐ŸปBerasa bimbang atau teruja
๐Ÿ‘‰๐ŸปMerokok
๐Ÿ‘‰๐ŸปMengambil alkohol berlebihan

Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu. erkkh erkh erkh ( Betul ke bunyi sedu macam ni ? ๐Ÿ˜… )

Dari pandangan orang dulu-dulu
Sedu terjadi sebab nak membesar.. Haha ๐Ÿ˜‚ . Kalau da besar panjang tu nak membesar apa lagi kan? Jadi pandangan tu salah sama sekali. ❌

Tuesday 26 September 2017

SIMPANAN EMAS BERMATLAMAT


Bagi yang mencari cara membuat simpanan bagi tujuan jangka masa panjang, saya syorkan menyimpan emas sekurangnya 1gram sebulan dengan akaun *Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold.* Contoh matlamat bagi tujuan :

1) Pelajaran anak
2) Haji & umrah
3) Perkahwinan
Dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Emas amat sesuai bagi “Long Term Saving” kerana mempunyai kuasa menahan nilai dan mengekalkan kuasa membeli berbanding wang fiat.

Matematik Emas Vs Matematik Duit

1999 = RM1 juta ↭ 25 kilo emas
2010 = RM1 juta ↭ 7 kilo emas
2015 = RM1 juta ↭ 6 kilo emas

Bandingkan

1999 = 25 kilo emas ↭ RM1 juta
2010 = 25 kilo emas ↭ RM3.5 juta
2015 = 25 kilo emas ↭ RM4.2 juta

Dapat sesuatu❓
Ingat..long term..bukan beli hari ini jual esok.

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š๐Ÿค Ada persoalan & pandangan penambahbaikan? Kongsi ilmu bersama;

Fir Public Gold
0162625275

http://FirPublicGold.wasap.my

*#simpananemas*
*#1gramsebulan*
*#tipssimpanemas*
#FirPublicGold
#TipsSifuAwangkuAdiAzwan
#EmasTulen