Saturday 2 May 2015

KURSUS KEMAHIRAN REKREASI LUAR TAHAP 2 TERBAIK !

Assalamualaikum.. lama xupdate blog ni.. hihi.. biasalah kesibukan telah melanda. tapi aku akan cuba recall balik apa yang telah terjadi dalam diari kehidupan aku. entri kali ini aku nak berkongsi mengenai kursus yang telah aku hadiri.

Seperti tajuk diatas Kursus Kemahiran Rekreasi Luar Tahap 2 Peringkat Zon Timur 2015 yang telah diadakan di  Kem Laguna Agro, Setiu, Terengganu pada 23 hingga 27 April 2015 anjuran JBS Terengganu dan jurulatih dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM).

Siapa yang menyertai dan lulus dalam kursus ini akan ditauliahkan sebagai penolong jurulatih dalam rekreasi luar.

Nak cerita pengalaman selama 5 Hari 4 Malam memang banyak sampai terlupa da ni. hihi..
tapi apa yang kita akan pelajari dalam kursus ini adalah kemahiran ikatan dan simpulan tali, orienteering, kayak, taklimat pengurusan risiko, pengurusan kepimpinan NGO'S sukan rekreasi serta peranan jurulatih dan kemuncaknya adalah survival !

Seperti perkhemahan biasa denda dan psikologi dari jurulatih akan menguji kekuatan mental dan fizikal kita. Tapi yang penting kita senyum dan redha je .. ni antara gambar sebelum, semasa dan selepas kursus!


Kami diberi masa membuat persiapan terakhir untuk membeli segala keperluan sebelum bertolak ke tempat kursus.

Kami diarah untuk berjalan kaki sejauh 7 KM untuk sampai ke kem. Impak dari aktiviti ini dapat membuatkan kami saling berkomunikasi seterusnya saling kenal mengenali sebelum kursus bermula secara rasmi! :)



Peserta dari Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang


Lihatlah kerjasama yang terjalin walaupun tak sampai 15 minit berkenalan. Terbaik !


Lepas sampai di kem. bermulalah secara rasmi kursus kami. Banyak ilmu yang telah aku pelajari dalam kursus 5 hari 4 malam ini.  

Malam pertama aku x tidur pun.. sebab siapkan buku log.  hah ! ni aku nak ingatkan kepada siapa yanag akan menyertai kursus ni.. bawalah pensil box, alatan tulis dan sebagainya.. sebab kita dikehendaki membuat buku log, buku log sepanjang kursus kita selama 5 hari 4 malam ni.



Markah untuk lulus krusus ni ialah :-
Teori & Pratikal : 40 %
Buku Log : 60%


60% tuu.. haha.. sebab tulah kena buat sungguh2..  ni antara gambar semasa aktiviti kursus.





















Kalau nak tahu cerita disebalik gambar ni.. kenalah join kursus ini ;)





Ni sekitar gambar majlis penutup ! Alhamdulillah kesemua peserta iaitu seramai 32 orang lulus dengan jayanya!!


























Itulah adalah sebahagian gambar kursus ini. gambar sumbangan dari jurulatih je tu.. sebab hp peserta diambil .huhu~ 

Kesimpulan kursus ini sangat baik dan terbaik. ! 

Ini dia wakli dari Daerah Marang Terengganu ! In Shaa Allah..bakal pelapis Jurulatih Rekreasi..
-THE END-