Wednesday 27 September 2017

CARA HILANGKAN SEDU TANPA MINUM AIR

Cara hilangkan sedu tanpa minum air.

" Tarik nafas... tahan selama 10 saat kemudian hembuskan perlahan-lahan"

Ingat petua tu. Bila jadi sedu lakukan.. In Allah berhasil. Bila berhasil tu rasa macam magic pun ada 😆 .

"Alaa.. minum air 3 kali je senang.. " cara tu pun boleh juga.. Tapi kalau tengah puasa, tak kan nak buka puasa disebabkan sedu ? 😂 Berdosa tu. Jadi, tips hilangkan sedu tanpa minum air ni perlulah digunakan.

Punca sedu? 🤔

Secara ringkas :
👉🏻Menelan terlalu banyak udara
Makan secara lahap
👉🏻Berasa bimbang atau teruja
👉🏻Merokok
👉🏻Mengambil alkohol berlebihan

Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali disebabkan beberapa faktor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap.

Akibatnya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi sedu. erkkh erkh erkh ( Betul ke bunyi sedu macam ni ? 😅 )

Dari pandangan orang dulu-dulu
Sedu terjadi sebab nak membesar.. Haha 😂 . Kalau da besar panjang tu nak membesar apa lagi kan? Jadi pandangan tu salah sama sekali. ❌

No comments:

Post a Comment