Monday, 2 October 2017

Emas Kalis Inflasi ?

Inflasi?

Emas dikatakan aset yang kalis kepada inflasi.

Maksud inflasi yang lebih jelas iaitu kuasa beli duit menyusut.

Jika inflasi setahun 5%, ia bermaksud kuasa beli duit susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Simpan duit dalam asb dan dapat dividen tahunan 5%. Nombor dalam akaun nampak bertambah tapi kekayaan tak bertambah.

Inflasi ni menyebabkan kita memerlukan duit lebih banyak untuk beli barang yang sama berbanding tahun sebelumnya.

Jadi benarkah emas kalis inflasi?

Ye benar.

Lihat contoh yang jelas lagi nyata. Kisah zaman nabi sejak 1400 tahun yang lalu.
Kambing dan Dinar emas (4.25gram) sebagai "indicator" nya.

Dari dulu lagi kuasa beli 1 dinar mampu dapatkan seekor kambing, dan kini kuasa belinya masih kekal.

Walaupun harga barang sentiasa naik, tapi 1 dinar masih kekal dapat membeli seekor kambing disebabkan kenaikan harga emas itu sendiri.

Harga barang naik bukan disebabkan faktor "permintaan atau penawaran" kepada barang itu sendiri, tapi ia disebabkan kuasa beli duit yang merosot.

Duit itu sendiri yang tidak mampu menyimpan nilai berbanding emas.

#emaskalisinflasi #seekorkambing1dinar #FirKongsi #FirPublicGold

No comments:

Post a Comment